Saturday, 5 November 2016

Pandangan Ilmu Hikmah..





Umum diketahui Ilmu Hikmah terbahagi kepada 2 iaitu :

  1. Ilmu Perawatan
  2. Ilmu Kanuragan (Pendekar)
Isi bagi Ilmu Perawatan adalah :
  1. Ilmu Pengubatan penyakit zahir & batin
  2. Ilmu Terawangan
  3. Ilmu Mahabbah (pengasihan)
  4. Ilmu Kerezekian
  5. Ilmu Pendinding
  6. Ilmu Telepati
  7. Ilmu Magnetisme
  8. Ilmu Pandang Makrifat 
  9. Ilmu Senjata Faqir
dan isi bagi ilmu Kanuragan pula adalah :
  1. Ilmu Pendinding
  2. Ilmu Pengisian badan & Anggota (kebal/pembisa/pemberat dll)
  3. Ilmu Halimunan
  4. Ilmu Jurus Senjata Ghaib @ Senjata Faqir
  5. Ilmu Pandang Makrifat 
  6. Ilmu Peluntur Tenaga 
Pada pandangan peribadi ambo, ilmu Kanuragan adalah setingkat dibawah ilmu Perawatan. Kerana, semua isi ilmu Kanuragan ada didalam Ilmu Perawatan. Juga kerana ilmu-ilmu kelas tinggi dalam Kanuragan seperti Pembisa, Pembakar, Jurus Makrifat@Senjata Faqir ada Pendinding/Pematah/Penawarnya ada didalam pengajian Ilmu Perawatan. Dan yang terlebih utama sebabnya adalah kerana ilmu Perawatan lebih fokus pada membantu permasalahan orang ramai seperti membuat pelaris, pendinding, merawat pesakit, mencari barang hilang, memanggil orang yang lari dan banyak lagi. Sedangkan ilmu Kanuragan lebih fokus pada membinasa,menyakiti dan melindungi.

Suatu perkara yang tidak ramai sedari, kebanyakan ilmu Kanuragan kelas tinggi ada efek negatifnya. Antara ilmu Kanuragan yang berefek negatif adalah :
  1. Jenis Panas - sesetengah ilmu ini menyebabkan rezeki susah datang, harta benda cepat rosak & jika berduit pun, duit ditangan cepat hilang/dibelanja.
  2. Jenis Bisa - sesetengah ilmu jenis ini walau boleh 'disimpan' bisanya, tetapi tetap boleh mengena jika pengamal sedang marah. dikhuatiri terkena anak istrinya.
  3. Jenis Pengunci - sesetengah ilmu jenis ini bukan sekadar mengunci musuh, tetapi mengunci pintu-pintu rezekinya juga.
  4. Jenis Membunuh (senjata faqir) - ini yang paling keras efeknya,kerana nyawa tumbalnya adalah nyawa juga. jika dilancarkan dalam rumah,maka rumah tersebut akan 'panas' (isi rumah tidak suka berada dalamnya,tetamu tidak suka datang)  
p/s : copypaste boleh,asal letakkan kredit pada blog kotatauhid.blogspot.com

1 comment: