Saturday, 14 September 2013

Suatu Khazanah...


Kenaikan minyak 78 sen tahun 2008 dulu adalah antara tahun yang perit bagi ramai orang. Termasuklah seorang kenalan saya ini,setiap hari terpaksa ketempat kerja 45km (90km ulang alik).Perbelanjaan untuk minyak kereta sahaja adalah RM450.00 sebulan.Ditambah pula dengan kelahiran anak pertama yang tentunya memerlukan banyak belanja.Pendek kata setiap bulan beliau pasti mempunyai masalah kewangan yang agak tenat.

Suatu ketika beliau menziarahi sahabat lamanya,dalam pandangannya sahabat lamanya ini kelihatan agak mewah dan berada.Lalu ditanya apa rahsianya.sahabatnya menerangkan tiada apa-apa rahsia kerana beliau juga kerja makan gaji seorang diri,menyara anak isteri.Cuma pada setiap malam beliau melazimkan membaca suatu surah Al quran berserta doanya.Selepas diajar akan amalannya,sahabat saya ini melazimkan amalan tersebut setiap hari.

Alhamdulillah semenjak itu keperluannya sentiasa mencukupi & dimudahkan.Padahal gajinya tetap sahaja begitu.Dan pernah suatu ketika beliau kesesakan yang amat sangat di tengah bulan,hendak meminjam malu,sudah mencari usaha-usaha yang zahir tetapi tiada hasil,maka dia menggandakan amalan tersebut dan berdoa agar memiliki sekadar RM300 sahaja untuk melepaskan keperluannya hingga hujung bulan.Keesokan harinya dengan Kehendak Allah beliau terjumpa seutas rantai emas di suatu tempat.Bila dibawa rantai tersebut ke pajak gadai ternyata nilainya adalah RM300!

Apakah surah yang beliau amalkan? tidak lain tidak bukan ialah surah Al Waaqi'ah -surah yang disebut Rasullah saw sebagai "tidak akan papa mereka yang mengamalkannya". 

Bagi yang benar-benar serius ingin mengubah taraf kehidupan kepada yang lebih baik,eloklah istiqamah surah ini serta doanya setiap hari.Insyallah akan melihat keajaibannya dalam masa 5 tahun akan datang.5 tahun terlalu lama??  rasanya lebih baik dari tidak berbuat apa-apa......

BERIKUT IJAZAHNYA

:: selepas membaca surah Waaqi'ah baca fatihah sekali,terus sambung lafaz "amin amin amin Ya ilahal 'alamin"  dibaca senafas tanpa terputus.Insyallah rezekinya tidak akan terputus ::







No comments:

Post a Comment