Monday, 30 January 2012

Ilmu Melangkah



HARI
TAPAK
MAKRIFAT
AHAD
10
ULAR > KUDA
ISNIN
16
RUSA > HARIMAU
SELASA
12
SINGA > GAJAH
RABU
10
ULAR > KUDA
KHAMIS
16
RUSA > HARIMAU
JUMAAT
12
SINGA > GAJAH

Thursday, 26 January 2012

Neutral

Antara Pendinding yang kuat untuk tidak menjadi sasaran penyihir adalah -

"Menjadi orang yang neutral sehingga tidak menyimpan ‘muatan’ apapun,caranya iaitu belajar dengan tidak menyimpan rasa benci terhadap sesiapa pun,menyintai sesama manusia dan mudah memaafkan kesalahan orang."

Usahakan dengan ikhlas memohon ampun atas segala dosa musuh-musuh kita.Kelihatannya seperti mudah,hakikatnya tak ramai yang mampu ke tahap ini,biasanya mereka ini telah mencapai ketenangan jiwa yang tinggi (Mutmainah).Pujian dan Cacian sama sahaja disisi mereka.


Saturday, 21 January 2012

Indera Keenam


Indera keenam boleh dibangkitkan atau muncul bila seseorang sentiasa mengawal fikiran, jiwa dan raganya. Dengan cara bermeditasi / bertapa / tafakur / muraqabah dan diiringi dengan menjaga 9 lubang di tubuh manusia. Cara-caranya boleh dipelajari. Yang diperlukankan hanya ketekunan dan kemahuan.
Dari cara tersebut, nanti akan terjadi loncatan indera. Iaitu dari PANCA indera (5 indera) ke Indera keenam. Prosesnya seperti orang tidur, tahu-tahu terjadi begitu saja. Saat kita berbaring akan beranjak tidur, memakai selimut lalu menutup mata, tahu-tahu terlelap masuk alam mimpi. Apakah ada orang yang sadar bahwa dirinya telah tertidur?? Tentu saja tidak. Batas kesedarannya tipis sekali. Begitulah kira-kira terjadinya proses loncatan indera ini.

Belum tentu orang yang telah berpuasa bertahun-tahun atau membaca wirid & zikir beribu-ribu kali, kemudian mampu memiliki kemampuan indera keenam. Semua bentuk amalan tersebut bukan inti dari ilmu ghaib. Puasa, wirid, zikir, meditasi dan sebagainya itu hanyalah sarana untuk mencapai keheningan fikiran, jiwa dan raga agar dapat masuk dalam kekedalaman rasa. Setelah terjadi keheningan lalu terjadilah loncatan indera ini, dari panca indera ke indera keenam.
Banyak orang / murid yang gagal dan jenuh dalam mengamalkan ilmu. Akhirnya tidak ada yang didapat. Semua itu karena mempunyai anggapan bahwa dengan menyelesaikan puasa beberapa hari dan membaca zikir sekian ratus atau ribuan kali kemudian berfikir memiliki kemampuan itu-ini. Hakikatnya tidaklah demikian.

Kebanyakan murid yang berhasil adalah mereka yang ketika membaca wirid hanyut dalam keheningan zikir. Entah disedari atau tidak. Semua organ tubuh, pikiran, jiwanya telah tenang, mengendap ke kedalaman rasa. Maka saat itulah terjadi loncatan indera ini.
Jadi bukan mereka yang telah menyelesaikan bacaan wirid sekian ribu kali, yang akan berhasil. Tapi sekali lagi, mereka yang mampu mengheningkan fikiran, jiwa dan raga dalam keheningan yang sejati.
Bak kata pepatah:batu pecah bukan kerana pukulan keseratus kali, tapi kerana dipukul terus-menerus
Semakin banyak jumlah wirid yang dibaca, harapannya jiwa jadi semakin tenang, fikiran semakin fokus (tidak membayangkan kemana-mana), akhirnya mampu masuk menuju ke kedalaman rasa. Di wilayah inilah hal ghaib akan terjadi.
Namun kenyataan yang diamalkan murid ternyata tidak demikian, mereka lebih fokus untuk menyelesaikan bacaan, lebih fokus telah menyelesaikan puasa, lebih fokus telah melengkapi ritual dan sebagainya. Akhirnya sia-sia, tidak ada yang didapat. Kerana tidak tahu inti dari semua perbuatan itu.

Akhirnya muncul pertanyaan klasik. “Saya sudah menyelesaikan ritual puasa dan wiridnya tapi kenapa tidak berhasil ya?


Bila sudah mengerti intinya ilmu ini,cuba amalkan setiap lepas solat :

1) Ya Bathin 
2) Ya Fattah
3) Ya Qowiyy

Amalkan sebanyak 33x setiap satunya.insyallah batin akan semakin peka dan mudah mendapat firasat yang benar. saya ijazahkan pada sesiapa saja yang ikhlas ingin belajar.



Friday, 20 January 2012

Kekuatan Ruh 1


  • Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku,dan tidak kamu diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" Al Isra ( 85 )

 Syeikh Abdul Aziz Al-Dobbagh menceritakan "Sebelum hatiku terbuka,aku lebih dahulu menyaksikan gambar hitam yang besar dan panjang sekali.Bentuk gambar itu seperti unta,hal ini berlaku kepadaku sekali sahaja.Kemudian ketika dibukakan kepadaku hijab,aku menyaksikan pelbagai jenis makhluk yang ditakdirkan Tuhanku bagiku,lalu aku mencari bentuk gambaran unta seperti yang pernah aku katakan tadi.Aku tidak memperoleh jawapan hingga aku bertanya kepada Muhammad b Abdul Karim r.a

Beliau memberitahu bahawa tidak ada jenis gambaran seperti itu.Aku bertanya kepadanya apa gerangan yang aku saksikan itu.Beliau mengatakan bahawa itu adalah perbuatan roh.Aku meminta penjelasan lebih terperinci lagi.lalu diterangkannya "Sesungguhnya apabila engkau mengiktikadkan kewujudannya,maka roh akan menolong engkau untuk mewujudkan gambaran yang engkau iktikadkan itu sekalipun ia boleh memudaratkan jiwa"


sambung..

aura tenaga dalam islam

Lingkungan Energi




  • Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
  • "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)
  • "Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)
  • "Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)
Hebatnya pengaruh rakan-rakan sekeliling dalam kehidupan seharian kita.Sedangkan untuk 'berjaya' di akhirat pun kena memilih kawan,begitulah juga hal keadaannya dalam urusan dunia.Apakah ia Lingkungan Energi?. Ianya adalah cas positif atau negatif pada seseorang. Lingkungan Energi terhasil dari getaran dan frekuensi Minda (fikiran),Jiwa (emosi) & Hati (rohani).Lingkungan Energi yang kuat mampu 'menjangkiti' orang yang hampir dengannya.Bahkan ianya juga menarik Energi yang sama dan menolak Energi yang berbeza.Positif menarik positif ,negatif menarik negatif.Kerana itu jika mahu berjaya perlulah berkawan dengan orang yang positif & duduk ditempat-tempat yang positif.Jika mahukan Energi Kekayaan wang ringgit & harta benda,bergaullah dengan orang kaya.Dan jika mahukan Energi Kerohanian,masuklah dalam majlis Ahlullah.

Apakah Lingkungan Energi Anda?
Adakah Anda Mempengaruhi atau Dipengaruhi?

aura tenaga dalam islam

Wednesday, 18 January 2012

Adab Berguru


"Saya belajar adab berguru sahaja lebih 1 tahun" begitulah kata-kata dari salah seorang guru saya.Jesteru dikongsikan sedikit adab-adab seorang murid semasa menghadap gurunya mengikut Imam Al-Ghazali:
ADAB BERGURU/BELAJAR/MENUNTUT
  1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
  4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
  5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
  6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
  7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
  8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
  9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
  10. Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
  11. Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis.
  12. Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  13. Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.
Semoga sentiasa mendapat keberkatan dan berjaya di dunia dan akhirat.
aura tenaga dalam islam