Wednesday, 4 July 2012

Pancung Maya



Pancung Maya...ilmu rahsia yang tidak ramai memilikinya dan tidak ramai pula yang menguasainya.Terdapat banyak versi Pancung Maya di Nusantara.ada yang menggunakan lantaran ayat quran,Ismullah,mentera dan gabungannya.

Pancung Maya boleh dikelaskan sebagai 'pakaian' kelas pertama pendekar-pendekar dahulukala.Ianya adalah jenis ilmu Senjata Ghaib, Senjata Fakir atau Anak Panah Malam.Guru Tua berpesan ilmu ini hanya boleh digunakan dalam melawan musuh,tidak boleh dalam rawatan.Dikhuatiri boleh melukakan yang zahir.

Adapun Pancung Maya yang penulis pernah terima ijazahnya berbentuk ayat quran dan asma ul husna,dan kalimah tauhid sebagai kuncinya...

14 comments:

  1. asalam,
    mga sihat.

    macmane nak belajar ilmu tu?hadir/jarak jauh?
    mhon penjelasan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,alhamdulillah sihat.maaf buat masa ni ilmu ni tidak dibuka lagi.ada beberapa ilmu lagi yang tidak dibuka kerana ianya perlu praktikal.insyallah saya sedang menyiapkan modul ilmu yang langsung boleh dirasai keberadaan energinya,akan dimasukkan ilmu Pancung Maya juga.

      Delete
  2. assalamualaikum tuan guru,ilmu ini yg mengasah tapak tangan di tapak kaki tu ke?sy ingin brtanya,klu kita belajar bnyk ilmu,mcmna nak gabungkannya,nak amal semua mmg tak mampu,sy mohon pendapat guru,atau kita mantapkan lps tu bleh tinggl,atau ada amalan khusus utk mngabungknnya,mcmna dgn pepatah,ilmu klu tak amal,ibarat pohon tak berbuah?ada juga pendapat belajar dgn bnyk guru kadang mengganggu energi ilmu2 yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika ingin ilmu belajarlah banyak mana pun,tidak menjadi masalah,dalam beramal pula amallah apa yg kita 'perlu' sahaja.Beramal jangan tamak,tanyalah mana2 guru itulah pesannya.Jika amalan diniatkan zikrullah maka tiada istilah 'menganggu energi'.buat kerana AllahTanda kt bt krn Allah adalah kita tetap beramal walau 'tak jadi apa2 pun'...

      Delete
  3. Salam. Tok guru saya iaitu cucu angkat Dato Bahaman pendekar Pahang mempunyai ilmu ini. Ada anak muridnya yang menguasai ilmu ini memancung perut india terburai perutnya hanya guna jurus jarak jauh sahaja. Insyallah saya akan dapat ilmu ini suatu hari ketika sampai masanya. Kerana ketika ini saya sedang mendalamii ilmu lain. Klau nak perturunkan ilmu ini tidak boleh sembarangan takut nanti di salahguna. Seperti guru saya berpesan guna kepada orang kafir yang betul2 jahat sahaja.

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum.
    Bolehkah seseorang yg milikki ilmu kebatinan peringkat tinggi..menyekat atau menghalang ilmu atau amalan pancung maya itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam,insyallah boleh.antara amalan bg menghalang pukulan ini ialah Selawat yg khusus....

      Delete
  5. Asalamualaikum.
    Pada awal bulan Muharam saya mengalami suatu situasi yang aneh di mana seluruh tubuh saya
    merasa sakit yang amat sangat selama seminggu lebih.
    Apabila cukup tempoh itu..saya ditegur oleh rakan setugas yang tinggi ilmu pengetahuan agamanya,tentang suatu cahaya putih kebiruan di tengah dada saya.
    Rakan saya juga bertanya di manakah saya perolehi baju perisai berkalimah Allah dan Muhammad serta ilmu-ilmu kependekaran yang lain.
    Untuk pengetahuan abang (Dakwah Sufi),saya tak pernah pelajari semuanya itu dan saya hanya pelajari persilatan dari perguruan Silat Sabil Sri Indera Sakti saja.
    Saya juga menerima 'kunjungan' dari salah seorang Wali Allah yang bergelar Adi Putera hingga kini.
    Ahli keluarga saya juga kerap ternampak dua lembaga (seorang berjubah dan berserban putih serta seorang lagi berpakaian serba hitam seperti Panglima Hitam) di dalam rumah baik siang atau malam.
    Saya mohon pada abang untuk pencerahan di dalam masalah saya ini.Adakah masalah saya
    itu punyai hubung kait dengan susur galur keturunan saya atau Anugerah dari Allah SWT..?
    Sekian.Wasallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudara.maaf kerana lambat membalas.adapun mengenai persoalan pengalaman rohani saudara ini sebaik-baiknya saudara berjumpa dengan orang2 khawas yg terbuka mata batinnya.pengalaman2 begini mungkin anugerah Allah Taala dan mungkin juga godaan dari syaitan.sebab itulah perlu ditakwilkan oleh org2 yg kasyaf mata hatinya.pada pandangan saya,cuba saudara memperbanyakan istighfar & selawat setiap hari.jika saudara ingin selawat yg khusus utk 'pemurniaan' saudra boleh hubungi saya.email saya sqzindani@hotmail.com ataupun facebook Mstr Reza.

      Delete
    2. Salam saudara...sepengetahuan saya yg tidak berilmu ini..setiap yg hidup pasti akan menemui kematian. Allah S.W.T ada mengatakan dlm Al Quran..apabila Roh berpisah dgn jasad maka tiada lagi yg mampu berhubung dgn manusia. Kalau ia kelihatan makluk berjubah atau sebagainya sudah tentu itu adalah makluk Allah yg dinamakan Jin...
      Adanya Batin yg benar pada diri manusia tertakluk pada Rohnya yg kenal dgn tuhannya apabila Roh bersifatkan Muhammad...Alif Lam Mim, Alif Lam Ro, Alif Lam Mim Sod......

      Delete
  6. Asalamualaikum Abang.

    Ribuan kemaafan di atas kelewatan membalas.Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana abang sudi memberi panduan dan pencerahan mengenai situasi saya sekarang ini.
    Insyaallah..saya akan ikut saranan abang untuk merujuk dengan saudara-saudara kita yang memilikki mata kasyaf bagi membantu saya.
    Hanya pada Allah SWT saya doakan agar abang diberi ganjaran pahala dan rahmatNya diatas kemuliaan serta keikhlasan hati abang itu.
    Semoga bersua kembali.

    Wasallam.

    ReplyDelete
  7. salam , tuan . bagaimana boleh untuk saya mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu pancung maya ini ? bolehkah orang umum mempelajari nya ? terima kasih tuan di atas kesudian membaca pertanyaan saya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam wbt....buat masa ini mmg saya tidak mengajarkannya kepada sesiapa...

      Delete
  8. baiklah kalau begitu .. jika suatu hari nanti tuan ingin berkongsi ilmu . dengan izin allah saya harap tuan ingin mengajarkan kepada saya .. terima kasih tuan ..

    ReplyDelete