Friday, 23 May 2014

Senjata Fakir ( Tangan Setrum )




Jika belut elektrik mampu mengeluarkan tenaga elektrik yang mampu membunuh seekor kuda,adakah manusia yang diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian tidak mampu melakukannya?

Tangan Setrum -Suatu ilmu tempur yang agak langka kewujudannya.Gabungan pernafasan & Ismullah yang agung.Pada awal pengamalannya jari-jari & tapak tangan akan sentiasa diselubungi medan elektrostatik hinggakan jika tersentuh besi,akan keluar 'spark' yang kecil.Selepas istiqamah beberapa waktu,jari pengamal terkadang akan mengeluarkan 'spark' secara tidak sengaja bila tersentuh kulit seseorang.Pada tahap energinya sudah stabil,keadaan-keadaan seperti diatas tidak akan berlaku lagi,bahkan pengamal mampu mengawal energi setrum ditangan bila hendak digunakan.

Monday, 5 May 2014

Yakin




Yakin manusia itu memang berbeza-beza.ada yang perlu dilatih,dan ada pula yang dianugerahi keyakinan yang tinggi sejak azali.Pernah seorang sahabat yang baru sahaja mempelajari ilmu Pancung Maya,langsung sahaja boleh diuji keesokan harinya.Padahal ijazahnya adalah harus berpuasa beberapa hari terlebih dahulu.Demikian pula seorang lagi sahabat,menerima ijazah Pembisa Tangan dengan syarat menjazamkan selama 41 hari,akan tetapi cuma sehari diamal sudah dapat dibuktikan Energi bisanya.....

Yakin itu sememang bukan dibuat-buat,'Masin' atau 'jadi'nya sesuatu ilmu itu memang berhubung rapat dengan Keyakinan.Dari itulah guru-guru terdahulu membuat syarat melakukan ujian-ujian tertentu.semuanya tidak lain hanya sekadar ingin mengasuh Keyakinan muridnya....




Friday, 3 January 2014

WIRID NUR LAM JALALAH



RAHSIA LAM JALALAH...

LAM JALALAH adalah Pecahan daripada ILMU SYAHADAH

INTI UTAMA pelajaran LAM JALALAH ialah untuk MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI daripada sifat-sifat MAZMUMAH...

KUNCI LAM JALALAH iaitu IMAN dan TAQWA... IKHLAS dan REDHA...

Ianya boleh BERKESAN hanya berdasarkan 'NIAT' seseorang DENGAN IZIN ALLAH.

Kebanyakan pengamal LAM JALALAH menggunakannya kepada Makhluk halus dan sebagainya.

LAM JALALAH mempunyai banyak manfaat yang di antaranya adalah:

1) Boleh digunakan untuk memagar kawasan daripada sebarang kezaliman zahir dan batin;
2) Boleh digunakan untuk mengikat makhluk halus;
3) Boleh digunakan untuk mengunci pergerakan musuh;
4) Boleh digunakan untuk memukau lawan;
5) Boleh digunakan untuk mengunci dan membuang penyakit;
6) Boleh digunakan untuk memulihkan santau;
7) Boleh digunakan untuk pagar diri dari sebarang kezaliman orang atau makhluk yang hasad dengki.

Bagi keilmuan Wirid Nur Lam Jalalah amalan penunjangnya ialah Surah Al Ikhlas seperti yang disebut oleh Imam Ja'far ash-Shadiq :

"Barangsiapa menuju tempat tidurnya, lalu dia membaca sebelas kali Qul Huwallâhu ahad... niscaya Allah menjaganya di dalam rumahnya dan di tempat-tempat yang ada di sekitarnya."

Selain itu dengan kaedah Nazariah Nur tertentu,ianya boleh juga difungsikan sebagai WIBAWA,PENGASIHAN & PERTAHANAN dari musuh dimasa pertempuran. Biiznillah

Jika anda berminat memiliki ilmu ini,sila transfer RM50.00 SAHAJA ke Maybank akaun 151071033445 (Mohamad Reza b Ab Rashid).Selesai bank in sila sms butiran,<jumlah>,<tarikh>,<jam>,<email> dan <nama penuh anda> ke 0137066767.

 
 

Friday, 4 October 2013

PUISI CINTA, TAUHID, HAKIKAT, MA`RIFAT DI ALAM PERSILATAN MELAYU-NUSANTARA


( i ) KEPENDEKARAN DALAM MAQAM TAUHID

Daku pun juga tidak gentar pada orang orangan
Baik yang bergelar pendekar atau pahlawan hulubalang
Hang Tuah
Hang Jebat
Panji Semerang…..

Meka, bukan tempat untukku luahkan segala puja puji-pujian
Apa ada pada nama
Apa ada pada gelaran
Apa ada pada yang bertubuh berdaging tulang belulang
Semua, lemah di sisi Keperkasaan Tuhan
Dan tidak pernah terlepas dari balunan ombak takdir
Semuanya digulung dalam lipatan Qada’ dan Qadar Tuhan

Sirku dan nyataku sedia tersuluh dalam cahaya satirMu
Memberikan daku jalan petunjuk
Baik pun dalam himpun berhimpun
Dalam bunyi serunai gong gendang genderang
Atau di kala aku bersendirian
Dimana pun jua ku terpandang
wajah mu ternyata di sebalik kejadian

Lantaran itu semua sepak terajang
Semua tumbuk dan tepisan
Seluruh lembut dan keras tarian
Engkau jualah pengawit di dalam ketrampilan
Bersama setiap jurus dan pukulan
Di situ lah cintaku mula berputik padaMu Tuhan

Ianya ku nyatakan dalam detikan zikir bersama kerdipan mataku
Ketika ku menanti terkaman lawan
Dalam turun naik nafasku melepaskan pukulan
Dan dalam tenggelamnya aku di lautan nufus persemadian

Ketika itu pada siapa harus ditakutkan
Selain dariMu?
Engkaulah pelindungku
Dari setiap kedurjanaan
Segala puja dan pujiku pun hanyalah untukMu Tuhan

Bukan sekali ini daku bersandar padaMu
Semenjak seluruh alam diriku terlantar di pentas dunia
Dan bilamana aku terseret ke jagat persilatan
Lantas mengenal diriMu suatu kewaajipan

( ii ) KEPENDEKARAN DALAM MAQAM FANA’FILLAH

Dengan berkat Dua Kalimah Suci
Engkau melimpahkan padaku suatu kekuatan dan keteguhan hati
Dengan perlimpahan RahmaniMu
Lantaran keagongan zatMu dan kemurahan sifatMu
Alif beralih gerak sejati bertajalli dalam kamalat sifat asma’Mu
Al-Qawiyyu al-Matiinu
Terlarut dalam batinul wujud
Ketika suci tujuh alam keinsananku

Maka hilanglah sirna diriku
Di dalam setiap kemelut pertarungan persilatan
Bersama letusan suatu isim
Aisim bernama Ismu Alam Tunggal
Ah, lenyaplah keakuanku dalam martabat Hu-Ha-Zi-Zu-Ha-Itlaqul-Itlaq!

( iii ) KEPENDEKARAN DALAM MAQAM BAQA’BILLAH

Di lubuk kebatinan
Aku serapkan bersama keagongan Syeikh Imamul Mubim
Itulah gayoman Sayyidi Ali Baya
Gayong bernama Balang Tidak Berlawan
Yang tidak tertentang oleh si kafir Quraisy
Dalam kecamuk perang ahlil Badri

Setelah itu aku semaikan pula semangat juang sabilillah
Saifullahul ‘Azhom Khalid ibnul Walid
Mujahid suci di medan perang Ajnadain
Dengan ketrampilannya bermain pedang
Si Theodore dan Heraclius pemuja palang
Menangis kecewa ditinggalkan kota Hims

Lalu aku serapkan pula gerak gayoman pendekar berkuda
Majdan as-Thaqafi
Yang sedang dimabuk arak cinta ketuhanan
Beramokan pedang
Di medan tempur al-Qadisiyyah
Kernanya seratus dua puluh ribu hulubalang Majusiyah
Pimpinan Rustum dari Parsi tertewas
Lalu runtuhlah berhala api di istana kisra Parsi
Dan bergema pula Dua Kalimah Suci
Asyhhadu Allaailaha Illallah Wa Asyhhadu Anna Muhammadar Rasuulullah

Setelah itu aku kirimkan sebuah salam kemesraan ke seberang
Salam seperjuangan salam seperguruan dalam satu rumpun persilatan
Aku sungguh berbangga dengan Aditia Jaya
Pendekar Ulung dari perguruan Keris Merah
Kerana kehebatan ilmu persilatannya
Meruntuhkan keagongan kerajaan Hindu Majapahit
Di bawah kedaulatan Raja Senopati Penjurit Kepentangan
Kerananya para rahib rebah di kaki candi Borobodor dan Parambanan
Hilang pudar daya pujaan patung Sivarman

Dan di sini pula di tanah tumpah darahku
Apa kurangnya riwayat jaguh-jaguh persilatan kebenaran Islam
Aku sudah terhirup secangkir ajian Doa Kota Api
Pusaka peninggalan Tuan Guru Sayyid Saqaf
Anak wali keramat Tok Ku Paloh
Teradun dalam jurusan Wali Suci
Yang menang dalam suatu sayembara
Berpuluh pendekar samurai Nippon menyembah bumi
Yang tiada esoknya lagi untuk menunduk ke mentari pagi
Di lereng Bukit Puteri yang banyak menabur budi

( iv ) SUATU NASIHAT

Justeru itu ayohlah putera puteri bangsaku
Tuntutlah ilmu persilatan Melayu warisan suci
Kita belum kekeringan semangat dalam keluhuran budi
Kita belum kemiskinan langkah, buah atau pukulan lipat ngeri
Kita belum ketandusan ilmu makrifat bela diri

Masih banyak ilmu Melayu Islam di gedung bela diri
Yang perlu ditimbai
Di dalam diri atau di dalam gelanggang seni
Masih ramai guru yang bijak bistari

Patah tumbuh hilang berganti
Jika pandai engkau merendah diri
Tahu pula mengenang budi
Nescaya dibimbing ajar ke akar umbi


al-Fakir Ilallah
Abah TSN

Wednesday, 25 September 2013

Peperangan


"Janganlah kamu mengharapkan bertemu musuh dan mintalah keselamatan kepada Allah SWT.tetapi apabila kamu bertemu musuh, maka bersabarlah dan ketahuilah bahawasanya syurga itu di bawah bayang-bayang pedang." 
(Hadis Muttafaqun 'alaih daripada Abdullah bin Abi Aufa).

Peperangan bukanlah sekadar membunuh atau dibunuh.Jika ingin merasai apakah ia peperangan,jalanilah suluk nafsu terlebih dahulu.

Suluk lapar -berpuasalah beberapa hari, dan bila waktu berbuka makanlah sekadar roti sekeping atau nasi kosong dengan air kosong semata-mata.rasailah peritnya berlapar itulah yang akan dilalui dimasa peperangan yang pastinya sukar mendapat makanan.

Suluk tidur -mengurangi masa tidur siang dan malam sekadar 2-3 jam sahaja.2/3 malam pula bangun laksanakan solat malam.rasainya letihnya tubuh badan itulah yang akan dialami semasa peperangan yang menuntut pada keadaan berjaga-jaga siang dan malam.

Suluk kesenangan -tinggalkan tempat tidur tilam yang empuk,tidurlah sekadar beralaskan tikar sahaja dan berbantalkan lengan sahaja.rasailah kesusahan melelapkan mata itulah yang akan dialami apabila rumah tempat tinggal sudah tiada dimusnahkan musuh.

Suluk bersendiri -cubalah duduk menyendiri beberapa hari beberapa hari di dalam hutan,atas pergunungan dan seumpamanya.rasailah seksanya ujian apabila menyendiri kerana itulah rasanya bila keluarga,anak isteri,ibubapa terbunuh dalam peperangan hingga tinggal kita keseorangan.......

Tanyakan diri adakah sanggup melalui semua ini?...jika ya maka luluslah kalian untuk menuju ke medan peperangan!